Cinta Apam Polkadot ~bab 7~
"Gelak... Gelak la puas-puas.. Nak gelak menonggeng pun takpe... Sampai hati kau kerjakan muka aku.." Nina tarik muncung. Nak marah ke nak merajuk ni?
Tawa Kasih belum reda. Gara-gara hasil seni kreatif yang dimanipulasinya di wajah licin Nina Dato' Din itu, perutnya tiba-tiba kenyang walaupun belum menjamah nasi lemak enak dihadapannya. Terkumat-kamit mulut Nina membebel entah apa.
"Dah ke belum ni? Apa kelakar sangat ke muka aku ni?" Kasih masih lagi menyambung tawanya...
"Kalau kau still nak gelakkan aku lagi, baik aku baliklah. Dahlah aku ni takde siapa pun yang sudi nak berkawan. Dapat kawan sekor ni pulak buat menyakitkan jiwa aku je...!" Nina bingkas bangun lantas mencapai beg sandangnya lalu terus melangkah laju ke pintu depan.
"Oit! Takkan merajuk kot? Tak k-pop la macam ni... Sejak bila kau pandai merajuk ni?" Tawa Kasih mulai reda. Kesian pula tengok muka cencorot teman baiknya itu. Nina tak jadi melangkah. Rajuknya juga tidak menjadi. Aku merajuk?
"Mana ada aku merajuk. Sikit-sikit tu adalah. Aku kan perempuan. Perempuan sangat!"
"MasyaAllah.. Ha'a la, lupa pulak aku, kawan aku ni perempuan rupanya..."
"Kasih.. Kau jangan nak mula balik. Aku warning ni.."
"Yelah..yelah.. Jom sarapan. Lapar pulak aku tengok muka perempuan kau ni"
Baru saja dipelawa makan, sudah dua kepak ayam goreng berempah selamat dalam perut Nina Dato' Din. Nasi lemak dalam pinggan pula sudah tinggal separuh dikerjakannya. Air milo Kasih pun dirembatnya. Kasih geleng kepala. Sedikitpun dia tak hairan dengan perangai teman baiknya yang memang selamba itu.
Tetapi, kerana sikap Nina yang berterus-terang, tidak hipokrit dan pandai menyimpan rahsia membuatkan Kasih selesa dan gembira memiliki Nina sebagai teman akrab. Walaupun Nina anak jutawan, tetapi dia selalu down to earth dan humble. Hanya kerana silap bapanya Dato' Din bin Dato' Dom gagal mengisytaharkan harta dan aset miliknya di luar negara menyebabkan imejnya terjejas. Karier politiknya juga turut tergugat apabila dia dilucutkan jawatan tertinggi dalam parti politiknya. hampir sebulan juga stesen-stesen televisyen menyiarkan berita tentang bapa Nina. Semua itu memberi kesan kepada Nina. Kawan-kawan mulai menjauhinya. Padahal itu bukan salah dia.
Untung Nina sebab rapat dengan Azza Dahlia. Melalui mak saudaranya itulah dia mengenali dan tahu kisah hidup Nina. Pada Kasih, bukan besar pun salah Dato' Din. Bukan dia merompak harta anak yatim pun. Cuma tak isytihar harta, takkan sampai macam tu sekali mereka sekeluarga disisih masyarakat. Dia tidak faham pemikiran masyarakat di zaman moden sekarang.
"Oit! Kau tengah mengelamun apa Kasih? Kalau kau tak nak, biar aku habiskan nasi lemak kau tu. Jangan nak membazir. Membazir itu kan amalan syaiton." Pinggan Kasih ditarik ke depan dengan sengih kerang busuk dia.
Ambil je lah Nina Dato' Din. Buaya bujang senang pun tak melantak macam kau.