Nina menggaru-garu lengannya yang
sudah kemerahan digigit nyamuk. Botol semburan nyamuk Ridsect di
belek-beleknya. Sekejap-sekejap dia kerut kening. Sekejap-sekejap dia
mengangguk-anggukkan kepalanya. Botol itu diletakkan kembali di penjuru katil.
“Kasih, apa kata kau tukar penyembur
nyamuk kau ni. Dah selalu sangat, nyamuk-nyamuk tu dah alah bisa tegal biasa
dah dengan bau dia... Orait tak
cadangan aku?”
Pertanyaan Nina dibiarkan berlalu.
Kasih begitu tekun sekali menyukat tepung gandum. Langsung dia tak give-up walaupun dah dua kali
percubaannya membuat apam polkadot tidak menjadi.
Mula-mula tadi apam polkadotnya
bantat. Dia pun tidak tahu kenapa. Serasanya, dia sudah membuat sukatan yang
tepat. Masa mengukus pun betul... 40 minit!
Pecubaan kedua juga tidak menjadi.
Apam tersebut tidak gebu. Sama sekali tak sama dengan buatan ibu saudaranya, mak
su Azza. Mungkin terlebih tepung agaknya.
Kasih tak putus-putus mencuba. Kali
ini dia sudah pastikan semua mengikut sukatan. Tepat. Apabila adunannya siap,
dia menyusun acuan kertas berwarna maroon
di atas dulang.
Adunan apam yang diwarnakan dengan
dua warna iaitu hitam dan putih itu dimasukkan ke dalam piping bag. Mula-mula dimasukkan adunan berwarna hitam dulu ke
dalam acuan yang sudah tersusun cantik itu. Selepas itu dibuat pula dot-dot kecil di atasnya. Kasih senyum
puas hati.
“Kali ini mesti jadi. Chaiyaok! chaiyaok!”. “now, korang rest in peace in this steamer ye...”. Dulang berisi puluhan apam
polkadot berpindah ke dalam steamer
yang sudahpun dipanaskan terlebih dahulu selama 10 minit.
Sesekali
Kasih berpaling ke arah teman baiknya, Nina Dato’ Din. Gadis comel berambut
pendek persis pelakon Korea itu kelihatan begitu mengantuk. Entah berapa kali Nina
mengelap airmatanya yang meleleh akibat mengantuk yang teramat sangat. Dia yang
sedari tadi tak jemu-jemu menemani Kasih di ceruk dapur kini sudah pudar
semangat. Hampir-hampir dia tersembam kerana terlena tanpa disedari.
Kasih
yang menyedari hal tersebut segera bertindak. Bertindak dengan kejam! Habis
muka Nina dilumurnya dengan lebihan adunan apam tadi. Kasih menahan tawa
melihat muka Nina yang putih melepak sudah jadi seperti orang Ghana. Dia
menekup mulutnya menahan tawa dari terlepas. Muka Nina yang sudah hitam legam
itu dibuat pula dot-dot putih. Kejam
sungguh kamu, Kasih Airis! Kali ini Kasih tidak dapat lagi menahan tawanya dari
terhambur keluar.
No comments:
Post a Comment