Monday, December 26, 2011

Cinta Apam Polkadot ~bab 5~


WALAUPUN Azza mengajar subjek Matematik di Kolej Sains Antarabangsa St. George, tetapi jiwanya amat halus. Dia sangat meminati seni terutama seni lukis. Namun kebolehannya untuk melukis sangat terhad. Setakat melukis bunga dan buah-buahan bolehlah. Itupun lukisannya persis lukisan budak sekolah rendah.

Pantang ada masa terluang, pasti dia akan berkunjung ke Galeri Yellowish. Hatinya tenang apabila menatap gambar-gambar yang menghiasi galeri itu. Latar belakangnya yang berwarna hijau terang, mendamaikan jiwanya.

Dia akui dia tidak pandai langsung melukis. Namun, dia sangat bijak mentafsir makna di sebalik lukisan yang tergantung di dinding galeri itu. Seakan-akan memahami perasaan si pelukis.

Entah berapa lama dia berdiri di sudut itu merenung sambil mentafsir maksud tersirat karya indah di hadapannya. Lukisan seorang tua mendongak ke langit sedang kedua-dua tangannya berpaut pada dahan rapuh, begitu meruntun jiwanya.

Tanpa disedari, mengalir jua airmata di pipi gebunya. Tanpa disedari Azza juga, sepasang mata begitu asyik menatapnya tanpa jemu. Pandangan matanya sentiasa mengekori ke segenap sudut Azza berada.

Vibrate handphone di tangannya mengembalikan Azza ke dunia nyata. Cepat-cepat dia menjawab panggilan apabila tertera nama Kasih di skrin handphone itu.

“Hello... Mak su kat Yellowish... Apa? Kereta rosak? Kat mana? Ok... Mak su gerak sekarang...”

Azza bergegas keluar dari Galeri Yellowish. Niatnya untuk berlama di situ terbantut dek kerana Kasih. Azza meninggalkan Galeri Yellowish tanpa menyedari dia telah tercicir sebuah fail penting berisi kertas-kertas kuiz matematik student kelasnya yang belum di semak.

Ahmad Dhani yang sedari tadi memerhati Azza dari jauh terus memungut fail itu lalu tersenyum.

Miss Azza Dahlia Azzam.
Kolej Sains Antarabangsa St. George.
0133367288.

Miss...!”
Ahmad Dhani sengih lagi.

No comments:

Post a Comment